Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma PPR Kg Muhibbah
20 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 19 Oktober 2019 telah diadakan program Pemeriksaan Kesihatan Percuma kerjasama Persatuan Penduduk PPR Kg Muhibbah bersama Mercy Malaysia dan Maybank Islamic. Program telah diadakan di Dewan serbaguna PPR Kg Muhibbah bermula pada 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada komuniti yang kurang berkemampuan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
Selain daripada itu, turut diadakan aktiviti mewarna bagi kanak-kanak bawah 9 tahun bagi memeriahkan program. Program ini juga dalam masa yang sama memberikan taklimat ringkas mengenai penjagaan kesihatan harian untuk melahirkan masyarakat yang lebih sihat. Program ini juga memberikan banyak kebaikan kepada komuniti setempat disamping dapat mengeratkan silaturahim.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: